Buluh cina berwarna kuning, Tegak lurus dengan kukuhnya; Kerana adik sudah berpaling, Badanku kurus menanggung duka. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Benang sulam berwarna-warni Dicari orang ke mana-mana; Siang malam hamba menanti, Kunanti abang tak tiba juga. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Baju kebaya berwarna ungu, Pakaian dara waktu berhelat; Baru bersua sudah merayu, Manakan hamba mau mendekat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Baju panjang berwarna merah, Bawa berlagak berjalan jauh: Barukan sayang sudah berpisah, Bumi kupijak rasakan runtuh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Air redang berwarna merah Kerana banyak akar yang mati; Biarpun mati bersimbah darah, Kasihku tidak akan berhenti. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Tali bendera berwarna kuning, Tanda daulat serta kuasa; Hati gembira duduk bersanding, Tahunya dapat janda tua. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Adik beradik berbaju chongsam, Rama-rama berwarna saga; Carik-carik bulu ayam, Lama-lama bercantum juga. | Pantun Melayu Sarawak | Kiasan |
Apalah tanda buah bengkal, Bentuknya bulat berwarna kuning; Apalah tanda si tua gatal, Menengok perawan matanya juling. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Elok kain kerana bersuji, Sujinya nampak berwarna merah; Elok pemimpin kerana berani, Beraninya tegak di jalan Allah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Buah putat buah delima, Buah saga berwarna merah; Tuah adat tuah bersama, Tuah menjaga nama dan maruah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |