| Kuih dalam talam, Talam dari Yunan; Kami menyambut salam, Salam ikatan berzaman. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
| Urat kayu tengah halaman, Bila terbelah menjadi kayu; Adat Melayu zaman-berzaman, Bila tersalah berilah tahu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Tanam selasih di hujung laman, Boleh memetik buah lada; Kasih tuan berzaman-zaman, Bila berjumpa suka sahaja. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Lukah dilabuh di batang jati, Lukah baru berkarang rotan; Patah tumbuh hilang berganti, Tuah Melayu berbilang berzaman. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Urat mana yang kami rentang, Urat kayu tengah halaman; Adat mana yang kami bentang, Adat Melayu zaman-berzaman. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |