Besar kayu kerana uratnya, Urat terjuntai bertambah panjang; Besar Melayu kerana adatnya, Adat dipakai sengketa hilang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Ayam kurik kuat berlaga, Taji panjang paruhnya besar; Dalam panik dapat celaka, Kaji dikenang supaya sabar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Besar kayu kerana uratnya Urat panjang kayu pun tinggi; Besar Melayu kerana adatnya, Adat dipegang Melayu terpuji. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Kapal besar dua pemeluk, Ditebang berdiri duduk; Kalau tidak panjang penjolok, Manakan dapat bunga yang elok. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Besar kayu dua pemeluk, Hendak ditebang berdiri duduk; Kalau tidak panjang penjolok, Mana mendapat bunga yang elok. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Orang terbang layang kaki, Pokok besar berapa tinggi; Jangan abang bersusah hati, Umur panjang berjumpa lagi. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kayu langla si laku-laku, Rumahlah besar berlantak paku; Kalaulah tuan kasihkan aku, Junjunglah sigup panjang sebuku. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |