| Besarlah biji si buah pauh, Dimakan beruk setiap hari; Biarku mati di negeri jauh, Dari menengok adik berlaki. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
| Besarlah biji si buah bacang, Bila ditanam patut dijaga; Biarpun mati difitnah orang, Cinta kupendam berlanjut juga. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
| Besarlah biduk dari perahu, Bila belayar sejalan juga; Biarpun teruk menahan rindu, Kubawa sabar sehabis daya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
| Besarlah redan dari belimbing, Bila berbuah dimakan ungka; Biarpun badanlah kurus kering, Kerana cinta kutahankan juga. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
| Besarlah kuali dari belanga, Supaya mudah orang merendang; Biarpun hati kami merana, Kerana sumpah abang kukenang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
| Besarlah langsat di tepi pantai, Di situ tempat bersarang merbah; Biarpun niat kasih tak sampai, Di hatiku abang tiada berubah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
| Besarlah tikar tempat bersila, Di situ budak memakan sirih; Biarpun lapar melarat pula, Kasihku tidak akan beralih. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
| Besarlah nyiru dari penampi, Untuk mengayak beras dan antah; Biarpun malu di dalam hati, Adikkan tidak melepas sumpah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
| Besarlah batang buah kemiri, Retak sedahan menjadi layu; Biarpun abanglah lama pergi, Tidakkan lupa dari hatiku. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
| Besarlah betik di tepi batang, Sesudah masak berwarna kuning; Sabarlah adik menanti abang, Sumpahku tidak akan berpaling. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |