Apa tandanya batang betik, Batang betik panjang pangkalnya; Apa tanda orang nan cerdik, Orang cerdik panjang akalnya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Buah betik di kedai Cina, Betik muda masak layu; Kalaulah tidur abang tak lena, Adiklah makan rasa tak lalu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Betik dijual di pasar Padawan, Air mengkudu air tebu; Adik seorang rindu-rinduan, Orang dirindu tak ambil tahu. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
Betik manis buah papaya, Manis tidak dapat kulupa; Riuh rendah sorak ketawa, Saya seorang berdukacita. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Buah betik buah pedada, Buah diikat dengan tali, Buat baik berpada-pada, Buat jahat jangan sekali. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Besarlah betik di tepi batang, Sesudah masak berwarna kuning; Sabarlah adik menanti abang, Sumpahku tidak akan berpaling. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Sayang betik buah berulat, Hendak dimakan baunya busuk; Kupandang adik bermuka bulat, Bagaikan pinggan menutup mangkuk | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Sekali betik berbuah, Beribu belalang tiba; Sekali adik bersumpah, Di situ kubuang nyawa. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Sejak betik mulai masak, Banyak siamang mahu mendekat; Sejak adik memakai celak, Banyaklah orang mahu memikat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Sejak betik berdaun rendang, Orang pun ingin bertanam jagung; Sejdik adik turun ke ladang, Abang pun rajin menggetah burung. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |