Ambil limau di tepi beting, Beting ada di kebun limau; Kalau rimau gurunya kucing, Kenapa kucing takutkan rimau? | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Nampak beting jauhnya pelik, Nampak perahu pergi balik; Sungguh biring jatuh tergolek, Undur-undur dia terkam balik. | Kurik Kundi Merah Saga | Kepahlawanan |
Orang mengail tepi beting, Putus joran tinggal pancing; Adakah kain nak lawan gunting? Adakah tikus nak lawan kucing? | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Tanam terung tepi beting, Anak bangau turun mandi; Berapa banyak pukat keliling, Ikan tak mahu serahkan diri. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Anak Cina karam di Beting, Yang seorang pandai berenang; Bunga banyak boleh disunting, Bunga tanjung dicari orang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Sampan pemukat didayung laju, Hendak ke pantai takutkan beting; Badanlah penat menanggung malu, Hendak bercerai perutlah bunting. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Rotan rosak di hujung tanjung, Hanyut terletak di tepi beting; Bukan salah pasak penyambung, Kain tak cukup digunting. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Sang seromba ikan serinding, Anting-anting arus berduri; Angin dan ombak mematah beting, Masing-masing membawa diri. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Sejuk tubuh diri sendiri, Hendak membuat barang makanan; Nampak pulau sebelah kiri, Melihat beting sebelah kanan. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |