Biarkan orang menyingkap arang, Kita menyingkap tanah bergambut; Biar orang bercakap garang, Kita bercakap lemah lembut. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Yanglah duduk biarkan duduk, Supaya cepat ke tempat tidur; Orang tua bongkok biarlah bongkok, Supaya ingat ke pintu kubur. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Biarkan orang merendam kunyit, Kita merendam keladi juga; Biarkan orang memandang duit, Kita memandang budi juga. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Biarkan orang bertanam jadam, Kita selalu bertanam padi; Biarkan orang bertanam dendam, Kita selalu bertanam budi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Biarkan orang bertutup upih, Kita mengukur buah pedada; Biarkan orang hidup berlebih, Kita bersyukur pada yang ada. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Biarkan orang bertingkat besar, Kita bertingkat berkilik-kilik; Biarkan orang bercakap asar, Kita bercakap baik-baik. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Biarkan orang berasam cuka, Kita berkandis-kandis juga; Biarkan orang bermasam muka, Kita bermanis-manis juga. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Biarkan orang berebut buah, Kita menjaga buah kemiri; Biarkan orang berebut tuah, Kita menjaga tuah sendiri. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Biarkan orang berenang-renang, Kita berenang di dalam basah; Biarkan orang bersenang-senang, Kita bersenang di dalam susah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Kalau kain sudah bersih, Jangan biarkan diinjak-injak; Kalau pemimpin sudah dipilih, Jangan biarkan berlagak-lagak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |