Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. sesuatu utk disemai atau ditanam supaya menjadi tumbuh-tumbuhan, sesuatu yg akan membesar menjadi hidupan, benih (tanam-tanaman, ternakan): kacang itu sempat membiak ~ dlm masa beberapa bulan sahaja; padi ~ padi utk dijadikan benih; 2. sesuatu yg akan menyebabkan terjadinya atau timbulnya sesuatu, tanda-tanda permulaan sesuatu: kemiskinan dan kesengsaraan menjadi tanah semaian yg subur utk iblis dan syaitan menanamkan ~ kekufuran pd manusia; pergaulan mereka akhirnya menumbuhkan ~ kasih sayang yg tiada taranya; membibitkan menyebabkan timbul bibit (kasih sayang, cinta, dsb), menimbulkan, menerbitkan: pertemuan itu telah ~ kemesraan antara mereka berdua. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 anak pohon yg masih kecil dan masih dpt dipindah-pindahkan; semaian: Selepas empat puluh hari, ~ padi itu dipindahkan ke sawah. 2 benih yg akan dibiakkan: ~ kacang; ~ tembakau. 3 yg akan menimbulkan sesuatu: ~ kasih; ~ peperangan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bibit I


Pantun

PantunSumberTema
Biji mentimun dibuat bibit, Sampai musimnya ditanam lagi; Menanti bertahun membuat sakit, Badan merana dendam berahi.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas