Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bi.ca.ra] | بيچارا

Definisi : 1. pendapat: benar sekali spt kata tuan hamba itu, barang ~ pun marilah kita undur dahulu menantikan kapitan kita; 2. fikiran, muslihat, akal budi: lain tidak ~nya, hendak mencari kesalahan akan Sang Si Tuah juga kerjanya; 3. mesyuarat: setelah masing-masing putus ~ itu, maka masing-masing pun undurlah menuju pulau; 4. (ber)cakap, (ber)kata: Maskam tidak banyak ~; 5. perkara di mahkamah: dia meminta nasihat bagaimana akan meminta ulang ~;berbicara 1. bercakap: dia membiarkan sahaja suaminya itu ~; 2. bermesyuarat: keputusan itu dicapai selepas mereka ~; 3. mengemukakan pendapat (fikiran dll): ~ tentang syair Melayu, Dr. C. Hooykaas mengatakan bahawa rupa sajak ini ketara asli; membicarakan 1. mempercakapkan, memperkatakan, membincangkan: akan terbit pula sebuah buku yg ~ novel-novel sebelum perang; 2. mengadili sesuatu perkara di mahkamah: perkara itu harus diadukan kpd polis dan dibicarakan di mahkamah; perbicaraan pengadilan sesuatu perkara di mahkamah: bintang filem itu meminta mahkamah menangguhkan ~ kerana seorang saksinya tidak dapat hadir; pembicaraan 1. percakapan, perbincangan: ~ mereka beralih kpd perkara lain; 2. Id pengadilan perkara di muka hakim; pembicara 1. orang yg berbicara (berceramah dll); 2. ark pengacara, penasihat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bi.ca.ra] | بيچارا

Definisi : 1 pertimbangan fikiran; pendapat: Apa ~ tuan hamba? 2 rundingan; mesyuarat: Kalau sudah sepakat, tidak perlu kita mengadakan ~ lagi. 3 bp berunding utk mendapatkan penyelesaian: Kalau kita tidak dpt menyelesaikannya, lebih baik hal ini dibawa ~ kpd hakim. 4 bercakap; berkata: Mereka itu lebih ~ drpd bekerja. berbicara 1 mengeluarkan kata-kata; bercakap: Ia meminta suaminya saja yg ~ dlm pertemuan itu. 2 bermesyuarat utk mendapatkan persetujuan dsb; berunding: Lama juga mereka ~ ttg syarikat kerjasama Syamelin. 3 berbahas dlm mahkamah utk menegakkan kebenaran. 4 mengeluarkan pendapat atau fikiran: Di negara demokrasi, rakyat bebas utk ~. membicarakan 1 memberikan pendapat ttg sesuatu; membincangkan: Sebuah buku yg ~ sejarah perkamusan Melayu akan diterbitkan tidak lama lagi. 2 mendengar serta mengadili sesuatu perkara dlm mahkamah: Tuan Hakim telah ~ kes pembunuhan itu dgn adilnya. perbicaraan perbuatan berbicara atau berbahas mengenai sesuatu perkara di mahkamah; pengadilan perkara di muka hakim: ~ itu diadakan di Mahkamah Tinggi. pembicaraan perbuatan membicarakan: ~ mereka telah beralih drpd politik tanah air kpd syarikat kerjasama. pembicara orang yg berbicara atau yg membincangkan sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bicara

Puisi
 

Helang menyambar burung udara,
     Singgah menyambar gelugut batang;
Hilang budi lenyap bicara,
     Kasih menjulung bencana datang.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Berhadap kasih mesra,
     balik belakang lain bicara.

Bermaksud :

Tidak teguh janji.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Pantun

PantunSumberTema
Bukan kota sebarang kota, Kota Pontianak jiran semenda; Bukan bicara sebarang bicara, Bicara pertermuan ayah bonda.Pantun Melayu SarawakSerumpun Senada
Jangan bicara di laman tangga, Cucur atap ke rumput juga; Jangan bicara di hadapan mata, Dalam dakap kurebut juga.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Sungguh zalim orang pendusta, Jahat bicara lidah pun tajam; Sungguh alim si orang buta, Melihat betina mata pun pejam.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Belum duduk sudah berdiri, Manakan orang dapat bicara; Belum ditengok sudah lari, Manakan sempat kita bercinta.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Apabila mata sudah rabun, Dibawa lari masuk pelubang; Apabila bicara lidah beracun, Ke mana pergi dikutuk orang.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Patuh Melayu ke datuk nenek, Orang yang tua dimuliakan; Senonoh laku bicara molek, Barang ke mana orang tuakan.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Dengan bismillah pembuka citra, Jari disusun memohon maaf; Jika sumbang tersalah bicara, Maaf saudara hamba mengharap.Pantun Melayu SarawakAgama
Helang menyambar burung udara, Singgah menyambar gelugut batang; Hilang budi lenyap bicara, Kasih menjulung bencana datang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Dari Kudat ke Sumatera, Dari Sumatera ke Tanah Jawa; Sudah sebulat kita bicara; Dua Negara bersatu jiwa.Pantun Melayu SarawakSerumpun Senada
Air timpas pasang tak tiba Banyaklah kapal bergalah lalu; Kakiku lemas hilang bicara, Hendak berkenal terasa malu.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
123

Kembali ke atas