Pohon bidara menjulang tinggi, Umbi pokoknya sudah berbanir; Tersenyum dara tunduk ke bumi, Ibu jari menguis pasir. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Pucuk tumbuh bidara tumbuh, Tumbuh-tumbuh jadi di darat; Adik sungguh abang pun sungguh, Kalau sudi berkirim surat. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Pohon redang buah bidara, Pohon pedada buah meranti; Yang genap usia akan bersara, Yang muda sedia mengganti. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Pokok berembang pokok bidara, Tumbang berpaut di dahan bakau; Kalau tuah memang ada, Jatuh ke laut menjadi pulau. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Buah berembang buah bidara, Masak seuntai dua untai; Anak bersubang disangka dara, Macam mumbang ditebuk tupai. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Nasi ulam buah bidara, Tujuh gunung sembilan lautan; Terbuang emak terbuang saudara, Kasih kakanda kami turutkan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Nasi lemak buah bidara, Mari makan di pagi hari; Buang emak buang saudara, Tidaklah menyesal kemudian hari. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Nasi lemak buah bidara, Sayang selasih saya lurutkan; Buang emak buang saudara, Hati kasih saya turutkan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Buah pauh buah bidara, Jatuh sebiji di atas peti; Tuan jauh jadi saudara, Bila dekat si jantung hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Buah lemak buah bidara, Daun selasih kulurut juga; Buang emak buang saudara, Hati kasih kuturut juga. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |