Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bijak

Puisi
 

Anak cicak anak keredek,
     Rama-rama menyusur pantai;
Dia bijak saya cerdik,
     Sama-sama mengadu pandai.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Kasih tidak bersekutu dengan bijak.

Bermaksud :

Apabila hati telah kasih, maka hilanglah cacat-celanya.

 

Lihat selanjutnya...(3)

Lihat selanjutnya...(1)

Pantun

PantunSumberTema
Sifat guru berhati bijak, Bijak bestari tiada menyalah; Adat Melayu bersendi syarak, Syarak berisi Quran dan sunah.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Api dapur buat memasak, Memasak kuah untuk tenguli; Hati jujur sifatnya bijak, Bijak lidah eloklah budi.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Bijak bestari tiada menyalah, Bila dipegang tidakkan sesat; Syarak berisi Quran dan sunah, Dialah tiang dunia akhirat.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Orang beradat bersifat bijak, Tahu membaca tanda alamat; Membuang adat umat kan rosak, Malu menimpa aib mendekat.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Orang beradat hidup berkira, Bijak memandang jauh ke depan; Membuang adat hidup sengsara, Akhlak terbuang runtuhlah iman.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Orang beradat hemat dan cermat, Bijak menghitung laba dan rugi; Membuang adat umat kiamat, Balak menuntung menimpa negeri.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Konon namanya Negeri Spaoh, Penduduk kampung bijak bestari; Pedagang datang dai jauh, Hendak melabur membuat industri.Pantun Melayu SarawakBerniaga
Kalau tak beli jangan dibelek, Kata orang bijak cerdik; Kalau dah undur terkam balik, Itu tanda umur nak pendek.Kurik Kundi Merah SagaKepahlawanan
Bila menimbang sama berat, Itulah tanda orang yang bijak; Apabila abang sudah sepakat, Lapanglah dada tenanglah otak.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Sifat mana yang kita pandang, Sifat guru berhati bijak; Adat mana yang kita pegang, Adat Melayu bersendi syarak.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
1234

Kembali ke atas