Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
pandai
1. Bersinonim dengan cerdik
( pintar, bijak, cerdas, bijaksana, bestari, bergeliga, cair otak, besar akal, banyak akal, tajam akal, tajam fikiran, terang akal, terang hati, otak minyak, fatan, punsu, tahu-tahu, piawai, )
(adjektif:)
Berantonim dengan bodoh

2. Bersinonim dengan cekap
( mahir, handal, pantas, cekat, tangkas, biasa, terlatih, lancar, akas, prigel, campin, )
(adjektif:)

3. Bersinonim dengan ahli
( jauhari, tukang, pakar, juru, utas, empu, kipu, )
(kata nama:)

Kata Terbitan : memandai-mandai, kepandaian,

Puisi
 

Rumah cengal bertiang berancak,
     Kayu jelutung si kayu nangka;
Orang Jengal sungguhlah bijak,
     Pandai berpantun pandai berseloka.


Lihat selanjutnya...(3)

Pantun

PantunSumberTema
Kumbang berdengung memakan kelicap, Mari diikat benang setuli; Orang Dungun sungguhlah bijak, Pandai sungguh mengambil hati.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Rumah cengal bertiang berancak, Kayu jelutung si kayu nangka; Orang Jengal sungguhlah bijak, Pandai berpantun pandai berseloka.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Kalau seribu dapat disimpan, Dapat membeli seekor keldai, Kalau beribu ayam jantan, Dapat anak bijak dan pandai.Pantun Melayu SarawakNasihat
Baik urat elok batangnya, Elok batang tak beranai-anai; Baik adat elok orangnya, Elok orang bijak dan pandai.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Ambil buah berangan, Kampung Ulu Mukah; Pandai guna tangan, Bijak mengatur langkah.Pantun Melayu SarawakJati Diri
Ramailah orang membawa labu, Labu perisa digulai lemak; Pandai orang kerana berilmu, Ilmu ada perangai pun bijak.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Anak cicak anak keredek, Rama-rama menyusur pantai; Dia bijak saya cerdik, Sama-sama mengadu pandai.Kurik Kundi Merah SagaAdat

Kembali ke atas