Kalau ditabur biji ketari, Biji pauh jangan dipetik; Kalau tidur meninggi hari, Rezeki jauh langkah pun pendek. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Biji-biji saga, Jatuh dua tiga; Apa nak dikata, Bapa sudah gila. | Pantun Melayu Sarawak | Usik-Usik |
Biji nangka jangan dibuang, Bila dibuang akan merugi; Hati dinda jangan dihalang, Bila dihalang membawa mati. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Biji durian jangan dibuang, Supaya dapat ditanam lagi; Hati rawan bukan kepalang, Dinda kulihat di dalam mimpi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Biji pauh ditanam orang, Sudah besar berbuah pula; Hati rusuh bukan kepalang, Habislah sabar menanti dinda. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Biji mentimun dibuat bibit, Sampai musimnya ditanam lagi; Menanti bertahun membuat sakit, Badan merana dendam berahi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Biji barang ada bersabut, Sabutnya jangan pula ditelan; Menanti abang nyawa tercabut, Hanyutlah badan dalam kesepian. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Biji cempedak boleh direbus, Sudah masak sedap rasanya; Hati kemak kasih terputus, Duduk tegak gelap dunianya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Biji nangka jangan ditelan, Bila ditelan tentu tercekik; Hatiku duka putus harapan, Kerana lama merindukan adik. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Biji delima-dimakan orang, Rasanya kelat bercampur masam; Hati merana bukan kepalang, Dinda kuingat siang dan malam. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |