Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : isi buah yg dapat ditanam; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata biji buah

Puisi
 

Buah kesebak terasa manis,
     Mari dicampur biji selasih;
Bercerai emak tidak menangis,
     Inikan pula bercerai kasih.


Lihat selanjutnya...(2)

Pantun

PantunSumberTema
Banyak biji buah nangkaku, Intan permata jatuh di lubang; Dendam rindu sebut namaku, Air mata jangan dibuang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Buah seminal biji berkilat, Dibuat minyak rasa perisa; Sudah kuungkai tali pengikat, Adik menolak apalah daya.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Buah petai buah kuini, Dibuang isi dimakan biji; Sungguh pandai adikku ini, Tumbuh gigi dah pandai mengaji.Pantun Melayu SarawakUmum
Besarlah biji si buah pauh, Dimakan beruk setiap hari; Biarku mati di negeri jauh, Dari menengok adik berlaki.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Besarlah biji si buah bacang, Bila ditanam patut dijaga; Biarpun mati difitnah orang, Cinta kupendam berlanjut juga.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Kalau merendang buah nangka, Biji direndang rasanya sedap; Kalau dikenang nasib celaka, Hari yang terang terasa gelap.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
jika memetik buah petola, Ambil biji jadikan benih; Jika keruh air di kuala, Seribu tahun tidakkan jernih.Pantun Melayu SarawakNasihat
Buah kesebak terasa manis, Mari dicampur biji selasih; Bercerai emak tidak menangis, Inikan pula bercerai kasih.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas