Bila selasih sudah mernbusuk, Tak ada lagi yang kan menunggu; Bila kekasih sudah merajuk, Ke mana lagi melepaskan rindu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Sayangnya bulan tiada terbit, Hingga pagi terasa kelam; Sayangnya tuan suka menggigit, Bila beristeri kan lari malam. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Bila tersesat ke sarang semut, Habislah badan kan kena gigit; Bila berangkat abang ke laut, Relalah hamba mendaki bukit. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Bila bertarung ke sarang lebah, Binasa badan kan kena sengat; Bila kurenung abang berubah, Kaki dan tangan terasa berat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Putih pauh baru kan besar, Entahkan bila berbunga lagi; Adik menjauh hati berdebar, Entahkan bila bersama lagi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Sifat perahu pantang ditakik, Bila ditakik ia kan tembuk; Adat Melayu pantang diusik, Bila diusik ia mengamuk. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Sifat perahu pantang terbalik, Bila terbalik ia tenggelam; Adat Melayu pantang munafik, Bila munafik dunia kan karam. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Sifat parahu berpantang bocor, Bila bocor tentulah karam; Adat Melayu pantang takbur, Bila takbur muka kan lebam. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Sampan kolek mahu bertolak, Bila bertolak orang pun sepi; Janganlah adik mahu mengelak, Bila mengelak abang kan mati. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Mulia suku adatnya kukuh, Dipegang tidak dapat diungkai; Bila bersatu umat kan teguh, Sebarang kehendak cepat dicapai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |