Mulia suku adatnya kukuh, Barang ke mana selalu dipakai; Bila bersatu umat kan teguh, Sebarang kerja tentu selesai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Bila lancang patah kemudi, Ke mana pergi bahaya dekat; Apabila abang sudah pergi, Ke mana lagi hamba menepat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Bila selasih sudah mernbusuk, Tak ada lagi yang kan menunggu; Bila kekasih sudah merajuk, Ke mana lagi melepaskan rindu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Bila selasih sudah masak, Tak lama lagi gugur ke tanah; Bila kekasih sudah muak, Ke mana pergi hati gelabah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Bila selasih di atas dulang, Sudah diayak lalu direndam; Kunanti kekasih tiada datang, Di mana tegak tak mahu diam. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Besar pinggan isinya banyak, Bila penuh dimakan kenyang; Benar jalan beranilah tegak, Ke mana duduk disegani orang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Kalaulah mahu berjaja kain, Bila rugi pantang meradang; Kalaulah mahu bekerja rajin, Ke mana pergi disayangi orang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Air jernih ikannya jinak, Bila mandi bertambah segar; Hati bersih kawan pun banyak, Ke mana pergi tuahnya besar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Apabila helang sudah mencakar, Bila tak mati tentulah luka; Apabila orang suka bertengkar, Ke mana pergi seterunya ada. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |