Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bilakah

Puisi
 

Rumah besar alang besar,
     Rumah datuk permaisuri;
Kalau tidak hajat besar,
     Bilakah tuan datang ke mari.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Orang yang menunggu perigi itu,
     bilakah ia mati dahaga?

Bermaksud :

Orang yang berhampiran dengan orang yang berilmu lambat-laun akan berilmu juga.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pantun

PantunSumberTema
Rama-rama bertali benang, Pergi ke kota Inderaputera; Bilakah kala menjadi senang, Menderitalah hamba setiap masa.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Rumah besar alang besar, Rumah datuk permaisuri; Kalau tidak hajat besar, Bilakah tuan datang ke mari.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Riuh-rendah bunyinya gendang, Tanda orang berhelat jamu; Hatiku gundah menanti abang, Bilakah gerangan dapat bertemu.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Rama-rama terbang tinggi, Rupanya cantik aneka warna; Sudah lama abang menanti, Bilakah adik mahu menyapa.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Jelatuk maharaja burung, Hinggap di atas bunga selasih; Seribu tahun dendam berkurung, Bilakah bertemu kekasih?Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Orang menjala di tepi pantai, Dengar suara ayam berkokok; Kalau pandai menjaga tupai, Bilakah rosak buah di pokok.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Sarang penyengat di hujung tualang, Rama-rama bertalikan benang; Sungguh nasibku bercampurkan malang, Bilakah kala menjadi senang?Kurik Kundi Merah SagaAdat
Tinggi bukit kampung Melayu, Panas redup sampai ke petang; Petang sedikit hatiku sayu, Bilakah kekasih mari datang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Merbah terbang di pohon Jawa, Pakai anak raja Chupa; Adik abang tuanku nyawa, Bilakah masa dapat berjumpa?Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Pohon kemboja dahan bercantum, Tempat jentayu membuat sarang; Semalam sahaja baru berkuntum, Sekarang layu bilakah kembang?Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
12

Kembali ke atas