Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bi.lal] | بلال

Definisi : orang yg kerjanya meneriakkan azan apabila masuk waktu sembahyang, tukang bang, tukang azan, mudin, muazin: suara azan yg dilaungkan oleh ~ masjid kedengaran sayup-sayup. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bi.lal] | بلال

Definisi : orang yg meneriakkan azan; tukang bang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bilal


Pantun

PantunSumberTema
Azan bukan sebarang pesan, Azan bilal suaranya merdu; Pesan bukan sebarang pesan, Pesan kutinggal tanda rindu.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Bagaimana khatib takkan merajuk, Pagi petang mencari bilal; Bagaimana nasib tidakkan teruk, Laki miang bini pun gatal.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Kerana tugal disangka antan, Banyaklah orang tidak ke ladang; Kerana bilal lupakan azan, Banyaklah orang tidak sembahyang.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Pulau Rupat tempat menugal, Tanah ladang padinya subur; Risaulah umat melihat bilal, Sesudah bang dia pun tidur.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka

Kembali ke atas