Bilang berbilang namanya hari, Boleh dibilang Selasa Jumaat; Gilang gemilang cahaya matahai, Lebih gemilang cahaya Muhammad. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Dua puluh satu bilang Melayu, Satu likur bilang Jawa; Sama-sama menanggung malu, Kalau mati kita berdua. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Banyaklah hari bilang berbilang, Tiada berbilang hari Jumaat; Banyaklah nabi gilang-gemilang, Tidak segemilang Nabi Muhammad. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Tanam serbat di pintu balai, Mari ditunggu bilang malam; Apa makrifat tuan pakai, Mimpikan tuan bilang malam. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kata itu kata berbilang, Bilang awal sampai ke hujung; Hina bangsa tiada berundang, Terbuang akal meragai untung. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Adat resam kata orang, Dibilang-bilang kajinya banyak; Adat faham lembaga terang, Hati penyayang budinya nampak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Abang merempuh di kaki bukit, Siapa bilang terlanggar pipit; Abang cakap manis di mulut, Saya mendengar menjadi leput. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Ingin pergi Kuala Tembelang, Tamat berjalan Kuala Cik Bilang; Sakit di sendi ubat di tulang, Mana penyakit bolehkan hilang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Permata jatuh atas rumput, Jatuh ke rumput berbilang-bilang; Kalau di mata boleh luput, Dalam hati masakan hilang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Layang-layang terbang melayang, Tingginya sampai menyapu awan; Siapa bilang abang tak sayang, Hati rindu bercampur rawan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |