Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bilik bilik

Puisi
 

Ke bilik ke dapur,
     Gulai ayam pedas;
Itik yang bertelur,
     Ayam yang menetas.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

368

Many a mickle makes a muckle

Duit yang sedikit jika disimpan lama-kelamaan akan menjadi banyak juga.

Berdikit-dikit lama-lama jadi bukit.

''One day, I'll drive that car out of this showroom,'' she said full of determination. ''But, you don't earn that much,'' I said. ''Many a mickle makes a muckle , doesn't? I'll save whatever I have to own it even though it may take years,'' she answered.

''Satu hari nanti, aku akan memandu pulang kereta itu,'' kataku dengan penuh keazaman tatkala berkunjung ke bilik pameran tersebut. ''Tapi, gaji kau taklah banyak,'' kataku. ''Bukankah berdikit-dikit lama-lama jadi bukit? Aku akan menyimpan semua duit yang aku ada untuk memilikinya walaupun mengambil masa bertahun-tahun lamanya,'' jawabnya.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(7)

Pantun

PantunSumberTema
Beras padi makanan itik, Itik biasa makan berdua; Belas hati pandang ke bilik, Bilik biasa tidur berdua.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Ke bilik ke dapur, Gulai ayam pedas; Itik yang bertelur, Ayam yang menetas.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Sejak selasar menjadi bilik, Bujang tak dapat masuk ke dalam; Sejak kudengar nyanyian adik, Terngiang-ngiang siang dan malam.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Sejak selasar menjadi bilik, Tiada lagi tempat berehat; Sejak kudengar nyanyian adik, Cinta di hati bertambah lekat.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Kain lipat di dalam bilik, Lipat jangan segi pun jangan; Kalau lepas sayalah balik, Umpat jangan caci pun jangan.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Cik Mat masuk ke bilik, Singgah ambil pasak perahu; Sudah kulihat lagi kubelek, Halus kasar sudah kutahu.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Risik rebab di dalam bilik, Mengulitkan tidur Raja Betawi; Rambut lebat keningnya lentik, Cantik semacam Sitalah Dewi.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Sirih tidak pinang tidak, Pinang muda dalam bilik; Kasih tidak kenang tidak, Saja hamba berulang-alik.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Pergi ke hulu tanam selasih, Orang bersikat di dalam bilik; Kalau adik kenang kekasih, Baik kita berikat balik.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Daun cenalu berbalik-balik, Gugur ke tanah berderai-derai; Pengantin baru masuk ke bilik, Orang ramai mula bersurai.Kurik Kundi Merah SagaAdat
12

Kembali ke atas