| Mengapa kakinya menjadi bengkok, Terpijak jarum bengkak jadinya; Mengapa bininya menjadi mabuk, Tak tahan mencium ketiak lakinya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Mati semut mati terhimpit, Ditimpa batang pecahlah perut; Laki kedekut bininya pelit, Mentua datang muka berkerut. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Hari hujan hati menangis, Hendak duduk lantainya basah; Laki setan bininya iblis, Tegak beramuk duduk berbantah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Wangilah bunga di tepi ladang, Untuk hiasan indah sekali; Lakilah tua bininya garang, Teruklah badan dipukuli. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Sudahlah pinggan diinjak beruk, Kulitnya pula dilapah ayam; Sudahlah makan tidak berlauk, Bininya pula bermuka masam. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Yang singgah diajak berbual, Nasi ditanak gulai disenduk; Orang nikah awak yang kesal, Bininya budak lakilah bongkok. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Mengapa kaki jadi melepuh, Kaki terinjak ke bara panas; Mengapa laki lari menjauh, Bininya galak mentua ganas. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Mengapa pagar tidak dipepat, Kerana gergaji tidak dipakai; Mengapa seluar tidak terikat, Kerana bininya minta cerai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Gajah jatuh masuk ke lubang, Kakinya patah duduk meraung; Gagah sungguh Datuk Hulubalang, Bininya saja sepepak kampung. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Yang pergi tidak menjelau, Hendak dicari lautan dalam; Orang berbini awak yang risau, Melihat bininya tak tidur malam. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |