Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bi.rah] | بيره

Definisi : 1. sj tumbuhan (herba), Alocasia indica; ~ air sj tumbuhan (herba), Aglaonema marantifolium; ~ hitam = ~ kilang sj tumbuhan (herba), Alocasia denudata; ~ kecil sj tumbuhan (herba), Typhonium roxburghii; ~ keladi sj tumbuhan (herba), Colocasia esculentum; ~ putih sj tumbuhan (herba), Alocasia spp.; 2. sj tumbuhan (pokok), Fagraea crenulata; 3. ki gatal, gasang; spt ~ tumbuh di tepi lesung prb perihal budak yg lekas besar (subur badan);kebirahan kegatalan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bi.rah] | بيره

Definisi : nama sj tumbuh-tumbuhan spt keladi dan gatal getahnya, Alocasia indica. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata birah

Puisi
 

Assalamualaikum salam,
     Kayu birah dimakan api;
Siapa lalu semalam,
     Baju merah gelang di kaki.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Seperti birah tumbuh di tepi lesung.

Bermaksud :

Anak-anak yang lekas subur.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Pantun

PantunSumberTema
Daun birah selebar alam, Tanam timun dalam jerelung; Sudah pecah serata alam, Segala semut sejenak jerung.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Assalamualaikum salam, Kayu birah dimakan api; Siapa lalu semalam, Baju merah gelang di kaki.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Baju saya lupa dijahit, Daun birah selebar talam; Malu saya bukan sedikit, Sudah pecah serata alam.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas