Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bi.ru.bi.ru] | بيرو٢

Definisi : lipat-lipatan (pd tepi kain, tirai, dll);membiru-biru sl ark dilipat-lipat: kain, baju, destar dibiru-biru. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata biru-biru

Puisi
 

Langit biru bulan mengambang,
     Bintang pelantik rangkai-berangkai;
Tidak jemu mata memandang,
     Ilmu apa adik pakai.


Lihat selanjutnya...(38)

Pantun

PantunSumberTema
angin malam menderu, angin menderu, Kain pelikat biru, berwarna biru; Kain lama baru, kesuma baru, Main lama baru, diulang baru.Pantun Melayu SarawakBergendang
Baju biru orang dewasa, Baju dipakai menerima kurnia; Melayu terbilang gagah perkasa, nama terjulang di seluruh dunia.Pantun Melayu SarawakSetia Bangsa
Baju biru jahit bersulam, Dipakai anak yatim piatu; Baru dapat gaji semalam, Ceti menunggu di hadapan pintu.Pantun Melayu SarawakNasihat
Langit biru bulan mengambang, Bintang pelantik rangkai-berangkai; Tidak jemu mata memandang, Ilmu apa adik pakai.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kain biru pengesat tangan, Orang berjamu di rumah kenduri; Mata beradu lalu berpandangan, Kita bertemu baru sekali.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Mengkarak airnya biru, Hanyut pasung bertari-tari; Kalau hendak tidak begitu, Cubalah langsung barang sekali.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Langit biru apa tongkatnya? Bunga cempaka kembang biru; Hidup dunia apa hakikatnya? Pintu neraka sedia menunggu.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Daripada mencelup selendang biru, Elok mencari selendang merah; Daripada hidup menanggung rindu, Eloklah mati berkalang tanah.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Sungai Katong sungainya biru, Tempat Mak Kuntum berulang mandi; Tanah duduk tinggallah dulu, Ada untung baliklah kami.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Cempaka putih cempaka biru, Buat sunting bunga delima; Masa ayah menganyam nyiru, Angkit dengan tindih lima.Kurik Kundi Merah SagaAdat
12345

Kembali ke atas