Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : mungkin, barangkali; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : barangkali, mungkin;kebolehjadian kebarangkalian, kemungkinan: individu menilai ~ yg terhasil drpd berbagai-bagai tindakan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
jadi (kata kerja)
Bersinonim dengan berhasil, berjaya;,
Kata Terbitan : sejadi-jadinya, menjadi, menjadi-jadi, menjadikan, terjadi, jadian, jadi-jadian, kejadian,

Puisi
 

Anak tupai di atas carang,
     Jatuh melompat patah kaki;
Kalau pandai menjaga barang,
     Mana boleh jadi rugi.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Lebai berjanggut kambing pun berjanggut juga.

Bermaksud :

Pakaian dan rupanya boleh jadi sama tetapi kedudukannya lain-lain.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Pantun

PantunSumberTema
Ayuh encik jari bersusun, Mengadap raja sehari-hari; Pandai menjaga buah di kebun, Mana boleh jadi rugi.Kurik Kundi Merah SagaPerniagaan
Anak tupai di atas carang, Jatuh melompat patah kaki; Kalau pandai menjaga barang, Mana boleh jadi rugi.Kurik Kundi Merah SagaPerniagaan
Dari Daik pergi ke Deli, Singgah berlabuh Lautan China; Sudah kubelek baru kubeli, Mana boleh jadi terkena.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Rumah batu atap bata, Tempat mamak buat roti; Tempat tak tentu jangan kata, Tempat gamak boleh jadi.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Mari tuan minum kopi, Kalau tak manis tambah gula; Jangan diturut kehendak hati, Kalau tak mati boleh jadi gila.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Telur itik eram tak jadi, Baru dieram petang semalam; Tidak kolek jalur pun jadi, Asalkan boleh ke tempat dalam.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Bunga kelapa di Padang Jenak, Tempat makan seladang tua; Ada orang mengakulah anak, Boleh juga jadi mertua.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Belat dipasang mencari ikan, Ikan dapat boleh digulai; Adat dibilang jadi ikutan, Ikutan umat supaya damai.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Kalau ada menanam tebu, Boleh dijual di pasar desa; Kalau kita jadi tetamu, Biar pandai berbudi bahasa.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Bukan tanah menjadi padi, Kalau jadi hampa melayang; Bukan bangsa boleh berbudi, Kalau dibudi cuma terbuang.Kurik Kundi Merah SagaBudi
12

Kembali ke atas