Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bolehkah

Puisi
 

Apa khabar pasir Bintulu,
     Bolehkah kita berjalan lagi;
Apa khabar kasih dahulu,
     Bolehkah tidak diulang lagi?


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Bangkai gajah bolehkah ditutup dengan nyiru?

Bermaksud :

Kejahatan yang besar tidak dapat disembunyikan.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Pantun

PantunSumberTema
Bolehkah abang menebar jala, Dapat seekor ikan selangat; Berani abang menahan dada, Biar mati bertindih mayat.Kurik Kundi Merah SagaKepahlawanan
Apa khabar pasir Bintulu, Bolehkah kita berjalan lagi; Apa khabar kasih dahulu, Bolehkah tidak diulang lagi?Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kalau memanah burung helang, Bolehkah tidak dia mengena; Kalau kakanda datang meminang, Adakah adinda sudi menerima?Kurik Kundi Merah SagaAdat
Teras Kemunting haluan perahu, Tanam tebu hutan seberang; Angkat kening memberitahu, Bolehkah jumpa sama seorang?Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Ayam ini ayam tambatan, Mari ditambat pantai Melaka; Kudengar tuan bergedung intan, Bolehkah saya tumpang berniaga?Kurik Kundi Merah SagaPerniagaan
Itik air baru berkepak, Cari makan dengan ibunya; Kalau tidak garam dicampak, Bolehkah masin kuah sebelanga?Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Hari Ahad minggu Belanda, Kapitan Cina bergelang kaki; Cuba ditanya pengubat lama, Bolehkah tidak kembali lagi.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Putik pauh atas permatang, Tanam mempelam di tepi reban; Sangat jauh saya datang, Bolehkah tidak tumpang tandang.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Burung jelatik burung kenari, Burung hinggap di taman bunga; Wahai adik orang bistari, Bolehkah hamba tumpang bertanya?Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Kalau buat atap jerami, Jangan lupa atap ijuk; Kalau langit nak timpa bumi, Bolehkah ditahan dengan telunjuk?Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
12

Kembali ke atas