| Petik bunga tiara, Perhiasan bunga dada; Cantik anak dara, Penyeri rumah bonda. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
| Petik bunga serumpun, Serumpun rumput kuda; Patik mohon ampun, Ampun ayah bonda. | Pantun Melayu Sarawak | Jati Diri |
| Roti pandan dilambung kuda, Budak kuning berjaja kain; Sembilan bulan dikandung bonda, Niat di hati tidak yang lain. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Raja Bali terajang kuda, Kuda kuning celana kain; Sembilan bulan dikandung bonda, Niatku tidak pada yang lain. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Orang datang berduyun kereta, Hendak makan jamuan raja; Boleh berjumpa ayah dan bonda, Di situ boleh abang berkira. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
| Banyak padi di dalam raga, Sudah dikisar tampi-tampikan; Hati orang engkau jaga, Bonda sendiri engkau ketepikan. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
| Burung merpati terbang sekawan, Hinggap di hujung ruang seri; Buah hati diamlah tuan, Bonda berada di dalam negeri. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
| Bukan kota sebarang kota, Kota Pontianak jiran semenda; Bukan bicara sebarang bicara, Bicara pertermuan ayah bonda. | Pantun Melayu Sarawak | Serumpun Senada |
| Kedemat burung kedamat, Hendak berkawan burung geroda; Kalau badan hendak selamat, Baik berguru ayah dan bonda. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |