Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata botak-botak I

Puisi
 

Anak haruan lima-lima,
     Pilih saja yang mana besar;
Saya bukan ayam betina,
     Remak botak pantang berkisar.


Lihat selanjutnya...(3)

Pantun

PantunSumberTema
Lumur minyak di kepala botak, Lagi baik minyak bijan; Manakah gading yang tidak retak, Di manakah bumi tak timpa hujan.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Awas-awas kalau bercukur, Salah cukur kepala botak; Awas-awas kalau menegur, Salah menegur kena bentak.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Anak badak terlompat-lompat, Salah lompat jatuh terhempas; Awak botak kepala berkilat, Tambah berkilat disepuh panas..Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Waktu tidur mata bengkak, Hendak berjalan kaki pegal; Mahu bercukur kepala botak, Hendak makan gigi tanggal.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Tujuh pondok tujuh teratak, Buah nanas dimakan lalat; Sungguh elok kepala botak, Kena panas berkilat-kilat.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Sayangnya pinggan sudahnya retak, Diisi minyak pecah berderai; Sayang tuan berkepala botak, Kuberi minyak tiada terpakai.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Bagaimana jala tidakkan koyak, Tali pengikat kena ranting; Bagaimana kepala tidakkan botak, Bini empat semuanya bunting.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Bagaimana jala tidakkan koyak, Dikait galah buluh berduri; Bagaimana kepala tidakkan botak, Duit punah nikah tak jadi.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Bagaimana jala tidakkan koyak, Jala direntang kaki terpuruk; Bagaimana kepala tidakkan botak, Mentua garang bini perajuk.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Sejak sirih hendak ditebang, Gagak marah menjerit-jerit; Sejak kekasih minta dipinang, Botak kepala mencarikan duit.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
12

Kembali ke atas