Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata brunei

Puisi
 

Merambat tebing Brunei,
     Rambat menyangkut di pokok pauh;
Sedang liar si burunglah punai,
     Tiadalah boleh terbang jauh.


Lihat selanjutnya...(7)

Pantun

PantunSumberTema
Dari Brunei singgah ke Landih, Singgah sebentar di Pekan Siniawan; Hendak mencari purih-ambih, Hendak mengenal asal keturunan.Pantun Melayu SarawakSetia Bangsa
Orang Brunei pergi nelayan, Memancing ikan di tengah laut; Kita berdoa mudah-mudahan, Sampai kita dapat berpaut.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Merambat tebing Brunei, Rambat menyangkut di pokok pauh; Sedang liar si burunglah punai, Tiadalah boleh terbang jauh.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Ada satu anak Brunei, Suka bermain baling-baling; Seekor lang seekor punai, Cuba buangkan bisa di daging.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Ada satu anak Brunei, Cari makan menimba jala; Jangan ikut arus di sungai, Takut terkepung pintu kuala.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Dari Jawa saya layarkan, Raja Brunei belayar jauh; Rindu di hati tidak tertahan, Seperti menadah minyak penuh.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Muzium Sarawak menyimpan sejarah, Sejarah bersurat Sultan Brunei; Msuim kesedaran beralih arah, Semoga hidup aman damai.Pantun Melayu SarawakNasihat
Kak Esah berumah ke hulu, Bawa menjahit rumai Brunei; Hendak terkenang permainan dahulu, Air mata berlinang ke sungai.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas