Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata buah

Puisi
 

Buah-buah rotan dan batu,
     Jauh sejengkal dimakan angin;
Apa khabar ayah bondaku,
     Baru merasa sejuk dan dingin.


Lihat selanjutnya...(373)
Peribahasa

Buah peria itu kalau ditanam di atas sakar,
     dibaja dengan madu,
disiram dengan manisan,
     dan diletakkan di atas tebu,
apabila masak pahit juga.

Bermaksud :

Orang yang jahat perangainya, tak dapat diperbaiki lagi, biarpun dihiasai dengan pangkat dan kekayaan.

 

Lihat selanjutnya...(57)

108

Don't count your chickens before they are hatches

Jangan bertindak atau bersikap seolah-olah ada sesuatu yang dikehendaki itu sudah dimiliki walhal ia belum lagi menjadi kenyataan.

Dulu buah dari bunga; dulu duduk daripada cangkung

Just because the big company has promises you the job, it does not mean that you can resign now and start spending money to celebrate the good news. Don't count your chickens before they are hatches. Wait until they give you an appointment letter.

Hanya kerana syarikat besar itu telah menjanjikan awak pekerjaan, tidak bermakna awak boleh berhenti kerja sekarang, dan berbelanja besar untuk meraikan berita baik itu! Usahlah dulu buah dari bunga; dulu duduk daripada cangkung. Tunggu sehingga mereka memberi awak surat pelantikan.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(15)

Pantun

PantunSumberTema
Buah sebarang buah, Buah kemiri pelazat sayur; Bukan tua sebarang tua, Tua lelaki urat tak kendur.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Banyak buah perkara buah, Buah di rimba jangan dimakan; Banyak tuah perkara tuah, Tuah menimpa saya harapkan.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Buah saga buah berangan, Buah mengkudu buah kepayang; Segalanya hilang dari pandangan, Aku rindu ibuku sayang.Pantun Melayu SarawakAgama
Buah-buah rotan dan batu, Jauh sejengkal dimakan angin; Apa khabar ayah bondaku, Baru merasa sejuk dan dingin.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Pandailah pandai membelah buah, Buah dibelah pakailah parang; Pandailah pandai membawa olah, Jangan ketara di muka orang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Buah betik buah pedada, Buah diikat dengan tali, Buat baik berpada-pada, Buat jahat jangan sekali.Pantun Melayu SarawakNasihat
Buah kedarah buah kepayang, Buah kelat julat berjulat; Pada saudara hendaklah sayang, Pada sahabat hendaklah taat.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Buah putat buah lakum, Buah pisang masaknya manis; Tuah adat tuah sekaum, Tuah dipegang tidakkan habis.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Buah putat buah delima, Buah saga berwarna merah; Tuah adat tuah bersama, Tuah menjaga nama dan maruah.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Buah putat buah seminai, Buah padi bertangkai lebat; Tuah adat tuah beramai, Tuah menjadi perisai umat.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
12345678910...

Kembali ke atas