Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata buah cempedak

Puisi
 

Buah cempedak nangka di hutan,
     Bau juga dengan selasih;
Budak bukan kaya pun bukan,
     Tahu juga abang tak kasih.


Lihat selanjutnya...(5)

Pantun

PantunSumberTema
Putik cempedak buah cempedak, Tetak buluh berduri; Adik tidak abang tidak, Kerana tubuh menyerah diri.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Buah cempedak dimakan ungka, Dapat seulas tidak berbiji; Sudah retak menahan duka, Abang tak belas·kepada kami.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Buah cempedak nangka di hutan, Bau juga dengan selasih; Budak bukan kaya pun bukan, Tahu juga abang tak kasih.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bila memakan buah cempedak, Enak rasanya bukan kepalang; Bila kutahan dadaku sesak, Hendak menyapa segankan orang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Elok mengutip buah cempedak, Baunya wangi rasanya segar; Eloklah nasib mentua pekak, Menantu mengeji ia tak sedar.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Kalau ada buah cempedak, Jangan diperam dengan ragi; Khabar tiada alamat pun tidak, Di manalah hendak dicari lagi.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak teruna menanam betik, Buah cempedak dalam raga; Apalah guna berwajah cantik, Kalau kurang budi bahasa.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Buah nangka buah cempedak, Rasanya manis semua gemar; Sudah tua suka membengkak, Nyawa habis nama tercemar.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat

Kembali ke atas