Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata buatan

Puisi
 

Tepak ini buatan Palembang,
     Mari dialas dengan kertas;
Jangan adik berhati bimbang,
     Benda di tangan tidak terlepas.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Bertampar biar sama bercincin,
     bertendang biar sama bersepatu,
bercakar biar sama bercangggai.

Bermaksud :

Mencari lawan biarlah dengan orang yang sepadan dengan kita. canggai = kuku buatan.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pantun

PantunSumberTema
Cincin intan buatan Bugis, Kilau-kilau nampak warnanya; Musim durian buah pun habis, Manggis menumpang apa tandanya?Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Tepak ini buatan Palembang, Mari dialas dengan kertas; Jangan adik berhati bimbang, Benda di tangan tidak terlepas.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kuda ini kuda buatan, Mari tambat Johor Lama; Rumah buruk pengikat rotan, Kalau baik kutunggu lama.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Tudung periuk pandai menari, Buatan orang Melaka; Kain buruk berikan kami, Akan pemalit si air mata.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Aluk ini aluk belian, Aluk buatan raja Majapahit; Pilu hati melihat pangkalan, Kalau bekas turun naik.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Biar orang berkain kanji, Kita berkain buatan Daik; Biarlah orang ingin dipuji, Kita ingin berbuat nan baik.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Orang memukat mendayung biduk, Lautan dalam bukan buatan; Abang ibarat si burung pungguk, Siang malam merindukan puan.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Hari minggu orang berjalan, Membawa badik jadi senjata; Hatiku rindu bukan buatan, Kepada adik sebijik mata.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Buah bengkal sedap dimakan, Bila masak manis dan kelat; Hatiku kesal bukan buatan, Nasi kumasak tuan berangkatKhazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Buah salak di dalam hutan, Buah masak tergantung tinggi; Jika sudah salah buatan, Jangankan untung bertambah rugi.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
12

Kembali ke atas