Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bu.bu/] | بوبوق

Definisi : 1. serbuk pd benda-benda yg lapuk: ~ kayu; 2. serbuk drpd benda yg ditumbuk: ~ kopi; membubuk menumbuk hingga halus: ~ kopi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bu.bu/] | بوبوق

Definisi : sj binatang berkulit keras (sj kumbang) yg suka makan (kayu, buluh, beras, dll): kayu itu tidak dapat dipakai lagi kerana sudah dimakan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bu.bu/] | بوبوق

Definisi : ark; membubuk merebus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bu.bu/] | بوبوق

Definisi : nama sj binatang kecil berkulit keras yg suka memakan kayu dsb: Berasnya habis dimakan ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[bu.bu/] | بوبوق

Definisi : benda yg ditumbuk halus-halus spt tepung; serbuk drpd benda-benda yg lapuk: ~ kopi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bubuk

Puisi
 

Ribu-ribu bina langkahku,
     Jikalah bubuk tidak bertulang;
Jika rindu sebut namaku,
     Air mata jangan dibuang.


Lihat selanjutnya...(4)

Pantun

PantunSumberTema
Zaman kayu dimakan bubuk, Banyak semut berperut buncit; Kawan bisu badannya gemuk, Campak ke laut tiada bergarit.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Maulana Si Maulani, Kucing bubuk makan di pinggan; Mahu di sana mahu di sini, Seperti pungguk rindukan bulan.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Ribu-ribu bina langkahku, Jikalah bubuk tidak bertulang; Jika rindu sebut namaku, Air mata jangan dibuang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Burung tekukur terbang ke Jeddah, Bubuk padang sehelai tak layu; Sirih sekapur tanda penyudah, Rokok sebatang bercerai lalu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak enggang terbang sepuluh, Hinggap mari dahan berduri; Sungguh keras buku buluh, Dimakan bubuk habis sekali.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran

Kembali ke atas