Fakir datang dihidang halwa, Manis senyuman budi bahasa; Berzikir bertaubat mententeram jiwa; Sesal badan berbuat dosa. | Pantun Melayu Sarawak | Agama |
Layang-layang terbang melayang, Putus tali sambung benang; Siang malam terbayang-bayang, Budi bahasa terkenang-kenang. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
Kalau udang dibuat gulai, Daging rusa dimasak kari; Kalau wang jadi pemakai, Budi bahasa pengiring diri. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
Anak merak Kampung Cina, Singgah berhenti kepala titi; Emas perak kebesaran dunia, Budi bahasa tak dapat dicari. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
Anak itik pandai menari, Anak angsa terlompat-lompat; Rupa cantik dapat dicari, Budi bahasa mana nak dapat. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
Nanas dijual di pasar niaga, Ramai orang datang membeli; Emas perak perhiasan dunia, Budi bahasa perhiasan diri. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
Kemas rumah di waktu senja, Anak buaya naik mencuri; Emas intan ada harga, Budi bahasa sukar dicari. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
Dirikan pondok bertanam nanas, Biar saya berburu rusa; Biar orang melonggok emas, Saya niaga budi bahasa. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
Bukan saya mengejar kolek, Saya mengejar papan tunda; Bukan saya mengharap molek, Saya mengharap budi bahasa. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
Anak teruna menanam betik, Buah cempedak dalam raga; Apalah guna berwajah cantik, Kalau kurang budi bahasa. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |