Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata budi baik

Puisi
 

Banyak ubi perkara ubi,
     Ubi Daik saya tanamkan;
Banyak budi perkara budi,
     Budi baik saya kenangkan.


Lihat selanjutnya...(230)
Peribahasa

Ulat lupakan daun.

Bermaksud :

Lupa akan budi baik orang.

 

Lihat selanjutnya...(19)

153

A good deed is never lost

Kebaikan atau jasa seseorang itu akan tetap dikenang meskipun selepas dia meninggal dunia.

Putih tulang dikandung tanah, budi baik terkenang jua

Today we commemorate the fifth anniversary of the death of the people's princess. Her contribution and kindness will always dwell in our hearts. A good deed is never lost indeed.

Hari ini kami memperingati hari ulang tahun kelima permaisuri berjiwa rakyat. Sumbangan dan kebaikan baginda akan sentiasa tersemat di hati kami. Sesungguhnya, putih tulang dikandung tanah, budi baik terkenang jua.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(8)

Pantun

PantunSumberTema
Banyak ubi perkara ubi, Ubi Daik saya tanamkan; Banyak budi perkara budi, Budi baik saya kenangkan.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Hilir Daik menyongsong Daik, Tanam terombong di bawah batang; Kalau abang budi baik,baik/datang Tidak diseru saya datang.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Bukan saya pergi ke Daik, Sudah ke Daik menali benang; Budi baik dibalas baik, Sudah baik selalu dikenang.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Pulau Pandan ke tengah, jauh ke tengah, Gunung Daik tiga, bercabang tiga; Hancur badan tanah, dikandung tanah, Budi baik juga, dikenang juga.Pantun Melayu SarawakBergendang
Pulau Daik banyak kelapa, Pulau Karimon banyak pegaga; Budi baik payah dilupa, Beribu tahun dikenang juga.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Anak itik pandai berenang, Singgah makan daun buluh; Budi baik jangan dikenang, Kalau dikenang hati luluh.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Orang Daik memasak periuk, Bawa pergi tanah seberang; Budi baik kelaku elok, Ke mana jatuh disayang orang.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Kalau ada peria pahit, Belanga baru jerang udang; Kalau ada budi baik, Jadi abu dikenang orang.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Orang Daik pulang ke Daik, Ambung-ambung bertali benang; Kalau ada budi baik, Sampai mati boleh dikenang.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Tenang-tenang air di laut, Sampan kolek hanyut ke tanjung; Budi terkenang mulut tersebut, Budi baik rasa nak junjung.Kurik Kundi Merah SagaBudi
123456

Kembali ke atas