Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : perangai, kelakuan, tabiat: iman yg sempurna dan ~ yg baik itulah yg kekal; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : perangai, akhlak, tingkah laku, kelakuan, watak: wah, terlalu sekali ahmak ~ku, kerana seorang perempuan, saudaraku kuturunkan dr atas takhta kerajaannya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : cara berlaku terhadap orang lain; tingkah laku; perangai: Iman yg sempurna dan ~ yg baik itulah yg kekal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : tingkah laku; tabiat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata budi pekerti


Pantun

PantunSumberTema
Tak tumbuh tak melata, Padi pulut buat niaga; Tak sungguh orang tak kata, Budi pekerti harus dijaga.Pantun Melayu SarawakNasihat
Bukan mudah berladang darat, Pagi-pagi harus ke tanah; Bukan mudah memegang adat, Budi pekerti harus semenggah.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Elok tombak kerana disepuh, Disepuh dengan besi berani; Elok anak kerana diasuh, Diasuh dengan budi pekerti.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Elok parang kerana disepuh, Disepuh dengan besi berani; Elok orang kerana senonoh, Senonoh adat budi pekerti.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Hendak ke pantai membuat pukat, Hendak memukat di Tanjung Api; Kerana memandang harta dan pangkat. Budi pekerti sisih ke tepi.Pantun Melayu SarawakNasihat
Biarlah orang menumbuk genta, Kita menumbuk padi di peti; Biarlah orang kemaruk harta, Kita kemaruk budi pekerti.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Biarlah orang mencabut cendawan, Kita mencabut padi kan mati; Biarlah orang merebut bangsawan, Kita merebut budi pekerti.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan

Kembali ke atas