Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bukanlah

Puisi
 

Bukanlah padi masak berhimpun,
     Dimasak mari santan kelapa;
Walau kumati ditembak Jepun,
     Kerana adinda tidak mengapa.


Lihat selanjutnya...(15)

Pantun

PantunSumberTema
Bukanlah mahal harga perabot, Tidak ternilai tinggi harganya; Harta orang jangan direbut, Kalau direbut buruk padahnya.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Bukanlah padi masak berhimpun, Dimasak mari santan kelapa; Walau kumati ditembak Jepun, Kerana adinda tidak mengapa.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Baju putih bukanlah kebaya, Pakai hias Baba Melaka; Hilang jiwa tidak mengapa, Asalnya boleh berjumpa mata.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Buah putat kukata ulam, Bukanlah ulam kulari pulang; Adinda pucat kukata demam, Bukannya demam di hati yang pulang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Sedap sungguhbunga gatang, Jangan diletak atas gelegar; Bukanlah datang sebarang datang, Datang membawa hajat yang besar.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Pohon salak batangnya condong, Mari disisik dalam kendong; Bukanlah salah ibu mengandung, Salah sendiri badan menanggung.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Kucinglah kurus menggarulah papan, Papan digaru kayu jati; Bukanlah kurus tiadalah makan, Kurus mengenang si jantung hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kapal sudah pergi belayar, Membeli padi gudang kompani; Bukanlah tunduk menahan sabar, Akan ku berkata tidak berani.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Ada satu Raja Pahlawan, Sehari-hari duduk di kota; Bukanlah bumi dilengkong awan, Bulan matahari mahu serta.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Banyaklah beruk makan cempedak, Memanjat kayu sepanjang hari; Hendak merajuk bukanlah budak, Penat merayu orang tak sudi.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
12

Kembali ke atas