Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sebenarnya tidak, berlainan drpd yg sebenarnya: anak itu ~ bodoh tetapi malas; ini ~ kali pertama ia datang ke mari; ~ begitu cara membuat kerja; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bukannya

Puisi
 

Akan kupasang bukannya tongkang,
     Akan kupais bukannya lobak;
Akan terbang bukannya burung,
     Akan menangis bukannya budak.


Lihat selanjutnya...(28)
Peribahasa

Bukannya diam penggali berkarat,
     melainkan diam ubi berisi.

Bermaksud :

Diam yang ada gunanya.

 

Lihat selanjutnya...(4)

360

To each his own

Setiap orang berbeza kesukaannya.

Lain dulang lain kaki, lain orang lain hati.

Many people go for pretty singers, but if you ask my opinion, I'd prefer an ugly singer to preety one -> to each his own !

Kebanyakkan orang menyukai penyanyi yang cantik, tetapi jika anda bertanyakan pendapat saya, saya lebih suka penyanyi yang hodoh, bukannya yang cantik. Lain dulang lain kaki, lain orang lain hati!

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(6)

Pantun

PantunSumberTema
Hendak dicincang bukannya rebung, Hendak dipais bukannya todak; Hendak terbang bukannya burung, Hendak menangis bukannya budak.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Akan kupasang bukannya tongkang, Akan kupais bukannya lobak; Akan terbang bukannya burung, Akan menangis bukannya budak.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Hendak dipais ikan todak, Hendak diparut bukannya terung; Hendak ditangis bukannya budak, Hendak terbang bukannya burung.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Tak ada damar pasang lilin, Buat terang waktu malam; Bukannya pandai bukannya alim, Tetapi tahu cara Islam.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Bukannya parang hulu permata, Parang sakti tidak berulu; Bukan sekarang saya berkata, Sudah terjanji dari dahulu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Nyiur manis dipegang budak, Nak buang tak ada beliung; Menangis bukannya budak, Nak terbang bukannya burung.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Buah kandis dimakan budak, Hendak ditebang tiada beliung; Hendak menangis bukannya budak, Hendak terbang bukannya burung.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Bukan tembaga bukannya perak, Anak kunci tidak beribu; Tuan juga janganlah tidak, Anak menantu di muka pintu.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Bukannya lukah tidak menjadi, Batang terbakar dari hulu; Bukannya nikah yang tak jadi, Abang bersabarlah dahulu.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Bukannya batang hendak bengkok, Yang ditakik terburu-buru; Bukannya abang hendak bengkok, Adik sendiri yang cemburu.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
1234

Kembali ke atas