| Banyak bukit perkara bukit, Bukit di mana kan dipanjat; Banyak sakit perkara sakit, Sakit bercinta payah dibuat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
| Banyak orang mendaki bukit, Bukit didaki tergesa-gesa; Banyak orang mencari duit, Duit dicari badan binasa. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
| Kalau tuan mendaki bukit, Bukit didaki terlalu tinggi; Sungguh cantik bulan terbit, Ada bintang baru berseri. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
| Orang Lengging membuat rakit, Rakit dibuat kayu nyatuh; Biarlah anjing menyalak bukit, Bukit tetap tidakkan runtuh. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
| Yang bukit biarlah bukit, Untung bukit berhutan lebar; Orang buncit biarlah buncit, Untung buncit berjalan sabar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Bukit bernama Bukit Pandan, Tempat orang tembak batu; Batu canai disangka intan, Bila dilihat baru tahu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
| Naik bukit sebalik bukit, Buat tetap pagar anak; Cari tenggek sapu tangan batik, Cari janda belum beranak. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
| Sedih sungguh teringatkan bukit, Kerana bukit tiada berkayu; Sedih sungguh teringatkan adik, Kerana adik tiada beribu. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
| Mamat berlari di atas bukit, Atas bukit bunga kenanga; Rahmat Allah bukan sedikit, Dalam pahit ada manisnya. | Pantun Melayu Sarawak | Agama |
| Belas hati pandang ke bukit, Kerana bukit tidak berkayu; Belas hati pandang ke adik, Kerana adik tidak beribu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |