Walaupun buluh sudah berebung, Bukunya tidakkan mahu patah; Walaupun tubuh hamba dipancung, Cintaku tidak akan berubah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Banyaklah rusa yang bertanduk, Tanduk rusa bukunya banyak; Banyaklah dosa yang terkutuk, Terkutuklah dosa pada ibu bapak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Apa tandanya batang bengkal, Batang bengkal banyak bukunya; Apa tandanya orang berakal, Orang berakal bijak lakunya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Kalau busuk carilah bangkainya, Kalau buluh carilah bukunya; Kalau kusut carilah pangkalnya, Kalau keruh carilah hulunya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Jika adinda makan gelagah, Beri kami buku-bukunya; Jika adinda beranak tengah, Bagi kami buku bongsunya. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |