Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bu.lang.bu.lang] | بولڠ٢

Definisi : sesuatu yg dililitkan pd kepala; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bu.lang.bu.lang] | بولڠ٢

Definisi : apa-apa saja yg diikatkan pd kepala. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bulang-bulang

Puisi
 

Orang mengail di Teluk Bulang,
     Apalah umpannya si kulit duku;
Jangan bermain kekasih orang,
     Nyawa tersangkut di hujung kuku.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Bersahabat dengan juara,
     selilit benang bulang tahu juga.

Bermaksud :

Apabila jahat, lama-kelamaan kita akan menjadi jahat pula. benang bulang = benang pengikat taji ke kaki ayam yang akan disabung.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pantun

PantunSumberTema
Taji ayam diberi bulang, Dibawa oleh anak penyabung; Kami memendam kasih sayang, Bila boleh hendak kusanjung.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Orang mengail Lubuk Bulang, Taruk umpan kulit limau; Baik juga semangat tak hilang, Anak kucing kusangka rimau.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Kalau tak tinggi diberi bulang, Rendamlah tali dua-dua; Kalau tak jadi abang pulang, Diamlah di sini kita berdua.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Orang mengail di Teluk Bulang, Apalah umpannya si kulit duku; Jangan bermain kekasih orang, Nyawa tersangkut di hujung kuku.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Esa helang dua belalang, Pasang taji ditari bulang; Esa hilang dua terbilang, Pantang berlaki berbalik pulang.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan

Kembali ke atas