Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bulu;

Puisi
 

Ayam bulu balik,
     Telur atas para;
Abang baru balik,
     Tidak bawa apa.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Bagai menghitung bulu kambing.

Bermaksud :

Pekerjaan yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: Membandarkan air ke bukit).

 

Lihat selanjutnya...(14)


Pantun

PantunSumberTema
Anak ayam tercabut bulu, Tercabut bulu di bawah batang; Kalau dayang jalan dahulu, Tunggu kami kemudian datang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Ayam bulu balik, Telur atas para; Abang baru balik, Tidak bawa apa.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Ulat bulu badan berbulu, Ular lidi melilit batang; Ada angin belayar dulu, Saya ada ikut belakang.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Anak ayam bulu balik, Cari makan tepi paya; Minta tumpang berjalan balik, Makan minum saya belanja.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Anak itik bulu lentik, Hendak mandi kolam terani; Tengok bunga setangkai cantik, Hendak memetik tidak berani.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Hijau-hijau si bulu serindit, Makan mari jambu mawar; Berapa tahun hujan di langit, Air di laut tidaklah tawar.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Itik terbang gugur bulu, Itik terbang dari gua; Jangan adik menanggung rindu, Sampai masa bertemu juga.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak gagak terbangnya petang, Bulu berserak dipukul ribut; Awak hendak orang membelakang, Malunya tidak boleh disebut.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Anak beruk memaki tikus, Bulu berdiri muka pun garang; Awak gemuk berbini kurus, Sayulah hati orang memandang.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Setaung anak -beranak, Tampak merah bulu sayapnya; Mintak ampun pada nan banyak, Banyak nan salah dengan silapnya.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
123

Kembali ke atas