Mari tebang si pokok buluh, Buluh ada di tepi paya; Abang datang dari jauh, Mari hendak berjumpa mata. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Buluh perindu buluh ternama, Banyak sudah disebut orang; Hatiku rindu sudahlah lama, Adik juga tak ingat abang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Apa guna buluh betung, Buluh tidak berguna lagi; Bunyi guruh berdentum-dentum, Awan berarak hujan tak jadi. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Buluh direndam belum dikering, Baru tumbuh jangan ditebang; Peluk tubuh terasa asing, Baru tahu diri seorang. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Buluh diukir orang Penan, Bawa dijual pekan Marudi; Emak di rumah sedia makanan, Bapa kenyang di kedai judi. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Buluh kasap beruas panjang, Sembilunya tajam bagaikan pisau; Tidur tak lelap makan tak kenyang, Mengenang kakanda jauh di rantau. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Buluh cina berwarna kuning, Tegak lurus dengan kukuhnya; Kerana adik sudah berpaling, Badanku kurus menanggung duka. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Buluh perindu nama diberi, Ditiup angin bergoyang-goyang; Hatiku rindu tiada terperi, Kerana adinda lama tak datang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Buluh perindu di Bukit Siguntang, Sejak dahulu berhujan panas; Tubuhku layu sakit telentang, Kerana cintaku tiada berbalas. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Buluh perindu di lereng bukit, Tumbuh subur di dalam semak; Hati merindu jadi penyakit, Mata tak tidur badanku rosak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |