Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bahagian atas sebelah luar rumah, kereta, dsb yg menahan hujan dan cahaya matahari drpd masuk ke dlm, atap; ~ limas bumbung yg berbentuk piramid; harga ~ (Eko) harga maksimum sesuatu barangan yg ditetapkan oleh pihak berkuasa; kuda-kuda ~ kayu penyangga balak bumbungan; tulang ~ balak yg memanjang di puncak rumah;membumbung naik ke atas, mengepul ke atas (asap dll), meninggi: asap naik ~ tinggi; khayalanmu dapat ~ setinggi langit. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bumbung I

Puisi
 

Rumah siapa lentik bumbung,
     Rumah Cik Putih jual padi;
Tunang siapa turun bertudung,
     Tunang abang nikah tak jadi.


Lihat selanjutnya...(6)

Pantun

PantunSumberTema
Jikalau bumbung tidak bertali, Tentu membumbung ke langit biru; Jikalau abang tidak peduli, Tentu kubingung sakit cemburu.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Rumah siapa lentik bumbung, Kalau tak salah rumah Cik Ghani; Tunang siapa lalu bertudung, Kalau tak salah tunang kami.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Rumah siapa lentik bumbung, Rumah Cik Putih jual padi; Tunang siapa turun bertudung, Tunang abang nikah tak jadi.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Pisau raut dalam bumbung, Hendak mencincang mentimun batu; Tujuh lautan sembilan gunung, Dendam rindu sebut namaku.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Burung tiung beranak tunggal, Hinggap mari atas bumbung; Ibu mati ayah meninggal, Pada siapa hendak bergantung.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Burung lekung berbunyi malam, Bunyi di atas bumbung penghulu; Allah belum menjadikan alam, Suratan kita dah terjadi dahulu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kilau-kilauan perah tambang, Pasang bendera di atas bumbung; Kalau tahu diri menumpang, Bumi dipijak langit dijunjung.Pantun Melayu SarawakNasihat
Anak tiung tinggi sekawan, Anak pelanduk patah kakinya; Tempat bumbung tersalah rawan, Hendak dijenguk banyak halangannya.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran

Kembali ke atas