Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bu.mi] | بومي

Definisi : 1. planet tempat kita tinggal, yg ketiga jauhnya dr matahari, dunia: edaran ~ yg mengakibatkan angin tergelencong; bulan mengedari ~; 2. permukaan bumi, tanah: mereka hidup di ~ Melaka; ~ berputar, zaman beredar a) masa berjalan terus; b) keadaan selalu berubah menurut masa; B~ Kenyalang panggilan bagi negeri Sarawak; ilmu ~ Id ilmu alam; di mana ~ dipijak, di situ langit dijunjung prb mematuhi peraturan dll tempat yg didiami; ~ mana yg tiada kena hujan prb manusia mana yg tiada membuat kesilapan (kesalahan); bagai ~ dgn langit prb sangat berbeza (tabiat dll); biar pecah perut, ~ merekah prb menyatakan tidak mahu melakukan sesuatu; jadi ~ langit prb orang yg diharapkan pertolongannya dan dituruti nasihatnya; sebesar-besar ~, ditampar tak kena prb betapa mudah nampaknya sesuatu perkara, tetapi tiada teruruskan juga;membumi ark mendiami salah satu tempat;membumikan (Fiz) memasukkan (dawai elektrik dll) ke dlm bumi;mengebumikan menanam, menguburkan: jenazahnya telah selamat dikebumikan sebelum sembahyang Jumaat;pengebumian perihal atau perbuatan mengebumikan, penguburan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bu.mi] | بومي

Definisi : 1 dunia sbg imbangan langit; dunia yg bulat tempat kediaman kita: ~ bergerak mengelilingi matahari. 2 tanah tempat kita berpijak: Terlalu pantasnya Hang Tuah mengelakkan tikaman musuh itu seakan-akan tidak menjejak ~. ~ istana tanah tumpah darah. ~ rata penghancuran binaan, bangunan dsb dan kemudian meratakannya dgn tanah. membumi 1 menetap di sesuatu tempat. 2 menuju ke bumi. 3 masuk ke bumi (ttg dawai atau arus elektrik). membumikan memasukkan ke dlm bumi (ttg dawai atau arus elektrik). ke bumi; mengebumikan menanam mayat ke dlm kubur; menguburkan. pengebumian perbuatan atau hal mengebumikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bumi

Puisi
 

Tetak buluh dibuat pagar,
     Mari diikat dengan rotan;
Gunung runtuh bumi bergegar,
     Gempa tidak kiamat pun bukan.


Lihat selanjutnya...(24)
Peribahasa

Bumi mana yang tidak kena hujan?

Bermaksud :

Tiap-tiap orang ada kalanya berbuat salah.

 

Lihat selanjutnya...(27)


Pantun

PantunSumberTema
Gempa bumi di Banda Aceh, Ombak Tsunami sampai ke India; Mohon ampun Maha Pengasih, Hamba-Mu daif tidak berdaya.Pantun Melayu SarawakAgama
Kayu manis tumbuh di bumi, Urat melantas batang sianik, Itu menjadi daunku ini; Abang menangis tunduk ke bumi, Air mata jatuh ke langit, Itu menjadi embun kini.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Bukan agalah pasak bumi, Galah datang dari Semarang; Bukan salah dari kami, Salah tuan selalu temberang.Pantun Melayu SarawakKasih
Badai ribut melanda bumi, Banyak pohon patah dan tumbang; Andai tercabut cinta ke hati, Turun-temurun ku sumpahi abang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Adik belajar menari, Tarian kaum bumi; Cerdik pandai dicari, Jadi guru kami.Pantun Melayu SarawakNasihat
Buluh betung ditebang jauh, Tumbang ke bumi tidak tegak; Sungguh beruntung orang lumpuh, Orang berlari awak merangkak.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Siapa lagi dibawa berjalan, Hujan lebat membasah bumi; Ke mana lagi membawa badan, Tuan tak ingat kepada kami.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Besar kayu kerana uratnya, Urat menghunjam pemasak bumi; Besar Melayu kerana adatnya, Adat resamnya menegakkan budi.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Buah limau dari seberang, Makanan bijirin sepanjang hayat; Bumi hijau menjadi padang, Padang bangkai padang mayat.Pantun Melayu SarawakAgama
Bunyi pagar dipaut jentera, Tumbang sebatang pokok kapas; Bumi bergegar laut bergelora, Insan lemas tidak bernafas.Pantun Melayu SarawakAgama
123456

Kembali ke atas