Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bun.cit] | بونچيت

Definisi : 1. besar perut, gendut: kerana kesenangan hidup, perutnya makin bertambah ~; 2. bk mengandung, bunting: Lijah sudah ~ lima bulan;membuncit menjadi buncit, nampak buncit: walaupun dia memakai baju kurung, nampak perutnya yg ~; membuncitkan 1. membesarkan (perut), menggendutkan: ~ perut; 2. bk menyebabkan mengandung, membuntingkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bun.cit] | بونچيت

Definisi : besar perut kerana penyakit dll; gendut: Bagaimanakah caranya hendak mengempiskan perut saya yg ~ ini? membuncit menjadi buncit; nampak buncit: Perutnya ~ kerana terlalu banyak minum arak. membuncitkan menjadikan atau menyebabkan buncit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata buncit

Puisi
 

Jangan suka menganyam nyiru,
     Nyiru dibawa dari Buncit;
Jangan suka menanggung rindu,
     Rindu bawa jadi penyakit.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Laksana buntal kembung,
     perut buncit di dalamnya kosong.

Bermaksud :

Orang yang tiada berpengetahuan, hanya cakapnya saja yang besar.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Pantun

PantunSumberTema
Yang kunyit biarlah kunyit, Malang kunyit lambat berisi; Orang buncit biarlah buncit, Malang buncit tak dapat lari.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Yang bukit biarlah bukit, Untung bukit berhutan lebar; Orang buncit biarlah buncit, Untung buncit berjalan sabar.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Anak siapa terbatuk-batuk, Perut buncit nampak mengantuk; Kalau pancing ikan betuk, Kailnya halus baru dipatuk.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Zaman kayu dimakan bubuk, Banyak semut berperut buncit; Kawan bisu badannya gemuk, Campak ke laut tiada bergarit.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Jangan suka menganyam nyiru, Nyiru dibawa dari Buncit; Jangan suka menanggung rindu, Rindu bawa jadi penyakit.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Yang sakit didoakan sembuh, Diubat diurut terus-menerus; Orang buncit awak yang gaduh, Melihat perutnya mahu meletus.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Waktu menteri membeli kunyit, Orang berjaja bermandi peluh; Pilulah hati berlaki buncit, Kurang waspada bininya lumpuh.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Gelaklah beruk mencabut kunyit, Mahu digigit terasa mual; Hendak memeluk perutnya buncit, Mahu mencubit kukulah tanggal.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Tumbuh lalang di tepi bukit, Kalau rebah semua tercabut; Sungguh malang berlaki buncit, Kalau menimpa nyawa ke buntut.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Sukalah hati mencari kunyit, Hidupnya mudah tegak pun subur; Sukalah hati berbini buncit, Hidup susah nampaknya makmur.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
12

Kembali ke atas