Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bung.kal] | بوڠکل

Definisi : 1. = bungkalan bongkah, gumpal: ~ tanah liat; 2. anak timbangan, timah dll pemberat jala: ~ jala; 3. sukatan berat (emas dll) yg bersamaan dgn 16 mayam atau 53.9 gram: emas se~; ~ genap menahan cuba, emas baik menahan uji prb keutamaan sifat seseorang dapat dicuba dan diuji; mengambil ~ kurang prb berasa tersinggung oleh perkataan orang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bungkal

Peribahasa

Neraca palingan bungkal,
     hati palingan Tuhan.

Bermaksud :

Pendirian orang mudah berubah atau selalu berubah-ubah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Neraca palingan Allah, mata palingan setan, b. Teraju palingan angin, hati palingan Tuhan).

 

Lihat selanjutnya...(9)


Pantun

PantunSumberTema
Tidak beremas bungkal diasah, Tidak berkayu tangga ditakik; Adat lepas akal menyalah, Umat berseteru dunia terbalik.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Muatan sarat beribu bungkal, Hendak berniaga negeri besar; Sayap kukerat taji kutinggal, Kiri kanan habis kucakar.Kurik Kundi Merah SagaKepahlawanan
Adat diisi lembaga dituang, Tidak beremas bungkal diasah; Kuat negeri kerana undang, Adat lepas akal menyalah.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat

Kembali ke atas