Anak buntal bergapai-gapai, Bila pasang berhanyut-hanyut; Awal bebal memandai-mandai, Ditanya orang terkentu-kentut. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Ikan buntal tidak bersengat, Mari jatuh atas titi; Tepuk bantal panggil semangat, Ingin bersua dalam mimpi. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Besarlah todak daripada buntal, Giginya ada muncung pun panjang; Besarlah lagak pemuda gatal, Dipuji dara hidung pun kembang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Berebut beruk merendam labu, Kancil marah buntal bersorak; Terkentut datuk dalam kelambu, Katil patah bantal berselerak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Daun upih daun mengkuang, Buat menjemur ikan buntal; Bercerai kasih bercerai sayang, Dalam mimpi kita sebantal. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
Wakil udang kepada belida, Wakil belida kepada buntal; Degil bujang kerana janda, Degil janda kerana gatal. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |