Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bunyi

Puisi
 

Bunyi pungguk Kuala Sipitang,
     Pungguk tidak berbayang tinggi;
Jangan pula abang datang,
     Abang tidak bermalam sini.


Lihat selanjutnya...(32)
Peribahasa

Setengah bagai bunyi enggang,
     setengah bagai bunyi kuau.

Bermaksud :

Pendapat yang bermacam-macam.

 

Lihat selanjutnya...(38)


Pantun

PantunSumberTema
Bunyi pungguk dayu-mendayu, Hinggap di ranting lata-melata; Lapuklah sebelah lengan baju, Kerana menghapus air mata.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Bunyi pagar dipaut jentera, Tumbang sebatang pokok kapas; Bumi bergegar laut bergelora, Insan lemas tidak bernafas.Pantun Melayu SarawakAgama
Bunyi pungguk Kuala Sipitang, Pungguk tidak berbayang tinggi; Jangan pula abang datang, Abang tidak bermalam sini.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Bunyi kuang permatang tujuh, Gesel sembilu di tengah jalan; Dengar pesan abang jauh, Bangun merindu tengah malam.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bunyi guruh bandar Rani, Selasih di dalam puan; Saya nak nyuruh tidak berani, Hati berani kepada tuan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bunyi cengkeri bunti cacing, Bunyi kucing miau-miau; Adik duduk seperti kucing, Adik melompat seperti harimau.Pantun Melayu SarawakUmum
Apa bunyi berderang-derang, Itulah bunyi kulit kerang; Ingat bimbang zaman sekarang, Sedikit yang betul banyak yang kurang.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Berletuk bunyi rotan bersanggit, Barulah nyata kayu terbelah; Bertakup bumi dengan langit, Barulah kita mengaku kalah.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Tabuh bunyi hari Jumaat, Itu bernama gendang raya; Bagai nabi kasih umat, Begitu juga kasih saya.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Guruh gerah bunyi nobat, Pandan berjemur di sebarang; Leguh-legah mencari ubat, Badan bertemu barulah senang.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
12345

Kembali ke atas