Kalau busuk carilah bangkainya, Kalau buluh carilah bukunya; Kalau kusut carilah pangkalnya, Kalau keruh carilah hulunya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Apa busuk di bawah bangku, Anak ayam mati terlentang; Siapa duduk dengan Cik Bongsu, Bagai bulan pagar dek bintang. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Buah kundur busuk semua, Kerana diusik oleh belalang; Habislah umur dimabuk cinta, Kerana adik tak mahu datang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Bagaimana buah takkan busuk, Bila selalu diganggu kumbang; Bagaimana nama takkan buruk, Bila kerjayanya menipu orang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Buah nangka dimakan burung, Busuk tidak berguna lagi; Sudah lama badan terkurung, Abang tidak bersua lagi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Yang masin garam, Yang busuk jering; Yang bermain diam, Yang menengok bising. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Yang wangi bunga, Yang busuk tahi; yang dicari janda, Yang dipeluk bini. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Baik-baik berjaja pala, Pala busuk laba berkurang; Baik-baik menjaga nama, Nama buruk dihina orang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Pucuk kemiri dimakan ulat, Putik busuk bunga meranggas; Buruk negeri lupakan adat, Asyik beramuk lupakan tugas. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Tahi ayam dimakan puyuh, Baunya busuk bukan kepalang; Mandi malam badan berpeluh, Baru duduk kain berlubang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |