Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bu.tang.bu.tang] | بوتڠ٢

Definisi : sj tumbuhan (pokok memanjat), Naravelia laurifolia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata butang-butang


Pantun

PantunSumberTema
Baju hitam butang berderai, Dipakai oleh si anak raja; Nyawa dan badan lagi bercerai, Inikan pula kasih dan cinta.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tanda berbaju ada butangnya, Butang beratur atas ke bawah; Tanda bermalu ada pantangnya, Pantang terkebur berkeras lidah.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Tanda berbaju ada butangnya, Butang besar ataupun kecil; Tanda bermalu ada pantangnya, Pantang berkasar atau berdegil.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Tanda berbaju ada butangnya, Butang melekap di atas dada; Tanda bermalu ada pantangnya, Pantang bercakap mengada-ada.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Tanda berbaju ada butangnya, Butang lekat berjahit benang; Tanda bermalu ada pantangnya, Pantang berbuat sewenang-wenang.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Tanda berbaju ada butangnya, Butang tersingkap dada terdedah; Tanda bermalu ada pantangnya, Pantang bercakap membawa fitnah.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat

Kembali ke atas